Sunday, February 21, 2010

AKTIVITI LADANG BUNGA MELUR di SUNGAI PASU, RAUB PAHANG

Bunga melur atau nama saintifiknya jasminum sambac terdir dari pelbagai variaties namun yang paling biasa d ijumpai di negara kita adalah 3 jenis utama iaitu duke of tuscany, maid of orlean dan star jasmin.


KEGUNAAN LAIN..
1.Bunga melur banyak digunakan dalam perubatan terutamanya dalam perubatan ayurveda
oleh masyarakat india.

2.
Bagi masyarakat melayu antara kegunaanya ialah untuk menambahkan air susu ibu.
caranya daun bunga melur digilig hingga halus dan ditampal sekeliling payudara di
waktu pagi sebelum mandi.cuci bersih sebelum menyusukan bayi.

3.
Untuk sakit mata(mata merah) segenggam daunnya ditubuk halus dan ditampal
pada dahi. setelah kering , tampal yang lain pula.Ulang hingga berasa sedikir lega(sembuh).

4.
untuk mengubat bengkak dari gigitan lebah, segenggam bunganya diramas hingga hancur
dan ditampal pada bahagian yang terkena sengatan itu.

5.
untuk demam dan sakit kepala segenggam daun dan bunganya diramas dalam air dan
airnya digunakan untuk membasahkan dahi.

6.
untuk sesak nafas pula, 20 helai daunnya di rebus dengan secubit garam hingga mendidih,
tapis dan minum airnya.

Diantara produk-produk pelancongan yang terdapat di Homestay Sungai Pasu ialah:
-Kehidupan tradisonal masyarakat kampung bersama keluarga angkat.
(Bermalam bersama keluarga angkat di rumah kampung tradisional)

-Lawatan ke kawasan orang asli.
(Demonstrasi Sumpit dan Tarian Sewang)

-Lawatan ke kebun getah dan padang ternak lembu.
(Merasa sendiri pengalaman menoreh getah dan memberi makan lembu)
-
-Kolam ternakan ikan air tawar.
(Memancing ikan tilapia, patin, tongsan dan lain-lain)

-Lawatan ke Pusat Perlindungan Gajah dan Deerland.
(Merasai sendiri pengalaman menaiki dan memandikan gajah)

-Aktiviti sukan air.
(Berakit, bekayak dan flying fox di Taman Tasik Sungai Pasu)

-Jungle trekking.
(Menerokai Hutan Simpan Ulu Dong dan meihat bunga raflesia!!)

-Pusat tanaman bunga melor.
(Melihat sendiri projek penduduk kampung untuk menambah pendapatan)

dan banyak lagi aktiviti menarik untuk anda!!!!!!


Location
Kampung Sungai Pasu Homestay,
Kampung Sungai Pasu,27600 Raub, Pahang Darul Makmur.

Location:
One Hour and 30 minutes from Kuala Lumpur.
- After Genting Highland and Bentong toll Plaza,
turn left to Exit No. 808 or Bentong Barat.
- Enter Bentong Town towards Raub town.
- From Raub town find Kuala Lipis road.
- Raub to homestay Sungai Pasu just 10 mins.13km after Raub town.

Public Transportation:
1. Daily Bus Service From Kuala Lumpur ( Pekeliling Bus Stand ) to Raub.
(pick up from Raub Bus station, rate available upon request )
a) PAHANG SOUTH UNION OMNIBUS, Tel: 03 4043 2155
b) MARA LINER EXPRESS, Tel : 03 4044 1377
c) TRANSNASIONAL EXPRESS, Tel : 03 03 2070 3300 or 03 2070 5044

Address
Homestay Sungai Pasu
Homestay Sungai Pasu, JKKK Kampung Sungai Pasu, , 27600, Raub, Pahang
Tel:+6019 3142558 Faks:+609 3659581 Email:sumi_ngahdimi@yahoo.com



No comments: